Kronologi Penerbangan Penerbangan 574 Adam Air

Pada 1 Januari 2007, 12:55 waktu tempatan(05:55 UTC), kapalterbang berkenaan telah berlepas dari Surabaya membawa 96 penumpang (85 dewasa, 7 kanak-kanak dan 4 bayi)[7] dan enam anak kapal.[1] Laluan penerbangan dua jam, masa pendaratan di Manado telah dijadualkan pada 16:00 waktu tempatan,[note] adalah normal sehingga kapalterbang itu hilang dari radar pengawal trafik udara di Makassar, Sulawesi Selatan dengan hubungan terakhir pada 14:53 waktu tempatan (06:53 UTC). Kedudukan suar terakhir diketahui dikesan oleh satelit Singapura pada 1.30° S 124.45° E.[7] Ketinggian kapalterbang menunjukkan pada paras 35,000 kaki (10,668 meter) pada skrin on the radar.[8]

Peta menunjukkan lokasi Pulau Sulawesi (hijau muda) di kalangan kepulauan Indonesia.

Cuaca di kawasan tersebut adalah ribut;[9] Institut Meteorologi dan Geofizik Indonesia telah menyatakan bahawa ketebalan awan setinggi 30,000 kaki (9,144 meter) dan laju angin pada 30 knot (55.56 km/j) di dalam kawasan berkenaan.[10] Kapalterbang berkenaan telah menghantar dua isyarat kecemasan sebelum hubungan terputus.[11] Jenis isyarat menunjukkan satu "peluang besar ia telah mengalami kemalangan atau satu nahas" merujuk kepada pegawai tentera landasan kapalterbang.[12]

Senarai penumpang sebahagian besarnya terdiri daripada warganegara Indonesia; Orang luar hanyalah satu keluarga Amerika Syarikat terdiri daripada tiga orang.[13][14]

Rujukan

WikiPedia: Penerbangan 574 Adam Air http://www.news.com.au/dailytelegraph/story/0,2204... http://www.news.com.au/perthnow/story/0,21598,2100... http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapac... http://www.edmontonsun.com/News/World/2007/01/01/3... http://www.etravelblackboard.com/index.asp?id=5999... http://www.flyadamair.com/info/admin/fullnews.php?... http://www.forbes.com/home/feeds/ap/2007/01/01/ap3... http://www.ft.com/cms/s/02168706-9a65-11db-bbd2-00... http://today.reuters.com/news/articlenews.aspx?typ... http://www.theworldlink.com/articles/2007/01/02/ne...